Wednesday, June 24, 2009

BISTIK

Bahan-bahannya :
1 kg daging, potong dan bersihkan
1 kg kentang, buang kulit, potong memanjang dan goreng
1 inci halia ]
1 inci lengkuas ]
3 batang serai ] kisar halus bersama
6 ulas bawang putih ]
6 ulas bawang merah ]
15 biji cili kering, buang biji, rendam ]
1 tin kecil tomato puree
½ cawan kicap manis
½ cawan bawang goreng
1 cawan tomato ceri (tomato kecil)
1 tin kacang peas
Sedikit kobis bunga
Bahan penumis : 1 inci kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 4 buah pelaga
Minyak untuk menumis.

Cara Membuatnya :
1. Daging direbus hingga empuk, toskan dan simpan sir rebusannya
2. Panaskan minyak, tumis bahan penumis hingga naik bau dan masukkan pula bahan kisar, kacau hingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging, daging dan tomato puree. Kacau dan biarkan kuahnya mendidih.
3. Bila kuahnya hanpir pekat, masukkan bunga kubis, kicap, kacang peas, tomato ceri, gula dan garam secukup rasa. Biarkan sedikit berkuah.
4. Semasa menghidang, hidangkan dengan kentang goreng, kacang peas dan taburkan bawang goreng atas daging.
5. Hidangkan dengan roti Peranchis.

Monday, June 22, 2009

MERTABAK LAPIS

Bahan-bahannya : (Untuk tepung)
1 kg tepung gandum
3 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur ayam
Air untuk mengadun, letakkan sedikit garam.
Marjerin secukupnya

Bahan-bahannya : (Untuk inti)
500 gram daging kisar, rebus empuk
3 labu bawang besar, potong dadu
5 ulas bawang putih ]
10 ulas bawang merah ] kisarkan
1 inci halia ]
1 peket kecil rempah daging
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
2 biji telur

Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari, kacau sebati dan masukkan daging kisar. Masak hingga sebati.
2. Masukkan bawang yg dipotong dadu, sedikit gula dan garam.
3. Pecahkan telur kedalam inti, kacau dan tutup api.
4. Tepung gandum, gaulkan bersama susu, masukkan marjerin, telur dan air dan uli hingga menjadi doh, Perapkan sebentar.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, dari saiz kecil hingga besar.
6. Ambil doh yg kecil sekali, canai seperti membuat roti canai dan letakkan inti di atasnya. Masak hingga roti masak.
7. Ambil doh yang kedua, canai, letak roti yang telah dimasak, letak inti atasnya dan bungkuskannya’ Goreng.
8. Buat sehingga habis semua doh
9. Potong sebelum dihidang.

Nota Ogy : Saya tak lapiskan pun, buat sahaja mertabak yg kecil-kecil dan comel 

Sunday, June 21, 2009

SIRAP BANDUNG BERLAICI

Bahan-bahannya :
4 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu cair
2 cawan air ice cream soda
2 sudu sirap
2 sudu jus perasa laici
1 cawan buah laici
2 cawan ais

Cara Membuatnya :
1. Campurkan semua bahan kecuali buah laici.
2. Masukkan dalam gelas tinggi, masukkan laici, boleh dihidangkan.

Saturday, June 20, 2009

TAHU SUMBAT INTI IKAN

Bahan-bahannya :
6 keping tahu, goreng sebentar sahaja, potong jadi 3 segi dan keluarkan isinya
2 ekor ikan kembung, direbus dengan 1 asam keping dan sedikit garam
2 sudu kecil lada sulah dan 2 biji telur
2 tangkai daun sup, mayang halus
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
1. Ikan rebus tadi, ambil isinya sahaja
2. Gaulkan isi ikan, isi tahu dan daun sup
3. Masukkan inti kedalam tahu, celupkan kedalam telur dan goreng dengan minyak masak hingga kekuningan.

Kuah atau sosnya :
½ cawan kacang tanah, digoreng dan sikisar halus
4 ulas bawang putih ]
10 lada kering ] kisar halus
Asam jawa sebesar ibujari, dibuat air asam 1 cawan
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Campurkan semua bahan dan masak atas api kecil hingga pekat. Kacau selalu.
2. Masak hingga betul-betul pekat dan rasakan masam, masin dan manisnya.


Hidangkan tahu sumbat ini dengan timun, tomato dan daun salad.

Nota Ogy : saya tak gunakan sos ni, muak ! Saya makan dengan cili sos yg telah dibubuh dengan sedikit mayonaise.

Thursday, June 18, 2009

DENDENG DAGING

Bahan-bahannya :
1 kg daging batang pinang, hiris nipis dan bersihkan

Bahan Rempah : (dicampurkan semuanya)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu kecil rempah baryani

2 sudu besar cili blend

Bahan kisar
5 biji cili merah
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm halis
3 cm lengkuas

2 sudu besar kerisek
2 biji kelapa parut, jadikan 2 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair
2 batang serai, dititik
½ cawan air asam jawa
½ sudu garam halus
1 sudu besar gula
3 helai daun limau purut
2 sudu besar kicap
1 batang kulit kayu manis

Cara Membuatnya :
1. Gaulkan daging dengan campuran serbuk rempah, bahan kisar, garam, gula dan kicap. Perapkan satu jam.
2. Dalam kuali, masukkan santan, serai dan kulit kayu manis. Masakkan santan hingga santan naik minyak. Mesti kacau selalu.
3. Bila santan sudah naik minyak, masukkan daging, kacau rata hingga daging kecut.
4. Tuangkan santan pekat dan masukkan kerisek.
5. Kacau hingga lauk pekat.
6. Masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Rasakan manis masinnya.
7. Biarkan hingga betul-betul kering, baru padam apinya.
8. Paling sedap dimakan bersama ketupat atau lemang.

Wednesday, June 17, 2009

RENDANG DAGING KALIO

Bahan-bahannya :
1 kg daging, dipotong ikut suka
1 kg santan

Hiriskan :
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit

3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 cm halia muda
5 cm lengkuas
2 sudu kecil lada hitam

1 cawan cili blend

Cara Membuatnya :
Bersihkan daging dan perapkan dengan cili blend dan bahan kisar.
Tenggekkan kuali, masukkan daging yg telah diperap bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang, daun salam, daun kunyit dan daun limau purut.
Nyalakan api dan masukkan santan.
Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk dan kuah kering. Rasakan garam dan gula. Kacau lagi hingga kering seperti rendang biasa.
Setelah itu angkat dan hidangkan dalam pinggan. Hiaslah ikut citirasa sendiri.

Tuesday, June 16, 2009

BEGEDEL DAGING CIK PUAN ZAINAB

Bahan-bahannya :
600 gram kentang, buang kulit, digoreng dan tumbuk lumat
150 gram daging kisar, basuh dan rebus
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 batang daun sup, hiris halus
2 biji telur, pukul sikit
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya :
1. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan ubi kentang, garam, daging rebus, daun sup, bawang goreng dan lada sulah. Gaul rata.
2. Ambil adunan dan bulat-bulatkan dalam saiz yg sama besar.
3. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak banyak hingga kekuningan.